NOMBOR AKAR dan 5 ELEMEN
 
NOMBOR 1 (LOGAM/BESI)
Anda merupakan ketua atau pemimpin (kumpulan, keluarga, agama, kerajaan, persatuan dan lain-lain) berani, tegas, mempunyai cita-cita tinggi, berkeyakinan diri dan suka bebas. 
 
NOMBOR 2 (AIR)
Mempunyai idea yang bernas, tidak mempercayai kebolehan diri, berfikir dulu sebelum berkata-kata, kuat bercakap. Pandai berkata-kata, menyanyi, berpidato,pensyarah, pendebat dan boleh dikatakan lebih banyak menggunakan vokal (suara). Contohnya Siti Nurhaliza. Penyayang, lembut hati, tidak suka bersendirian, suka menolong, suka buat kerja orang lain, selalu fikir dan peka tentang perasaan orang lain.
 
NOMBOR 3 (API)
Aggresif, baran, kurang sabar, kreatif, suka bersosial, mudah mesra, pandai berjenaka, ceria,mudah bergaul, mempunyai kelebihan lisan dan perkataan yang boleh digunakan dalam bidang penulisan dan lakonan. Suka membuat sesuatu tapi jarang menghabiskan dan menyudahkan, suka melihat orang lain gembira dan lakukan apa saja untuk melihat orang itu gembira.
 
NOMBOR 4 (KAYU)
Perancang yang bagus, bijaksana, degil, suka ikut cara yang tersendiri, mampu bersabar, tekun bekerja, suka kerja keras, suka melakukan tugas secara sendirian,sangat peka, mempunyai cita-cita tinggi, mudah tertarik dengan aktiviti luaran, keras hati, fikiran dan kehendaknya sukar diubah. 
 
NOMBOR 5 (TANAH)
Serba boleh, menceburkan diri lebih dari satu kerjaya dalam satu masa, amat berhati-hati, suka mencuba perkara baru, sikap ingin tahu, suka ambil risiko, bersemangat, mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang merugikan bakat, sentiasa sibuk mencari sesuatu peluang, mempunyai tenaga dan semangat yang kuat, mempunyai perasaan yang dirinya sentiasa dalam keadaan muda, degil, keras kepala, beremosi, pemarah.
 
NOMBOR 6 (LOGAM/BESI)
Mewakili kesenangan dan kekayaan, displin, teratur, tersusun, lebih menumpukan pada kesempurnaan diri sendiri, tidak suka sambil lewa dan kemalasan, cekap, degil, suka mengarah, terlalu mahukan ketepatan, suka buat kebajikan, suka membantu dan menjaga orang, romantik.
 
NOMBOR 7 (AIR)
Nombor bertuah, suka berfikir, suka kesempurnaan, penganalisa, menerima sesuatu jika ada fakta, belas kasihan, suka membantu, minda yang baik, suka mencari dan menyelesaikan sesuatu perkara yang tersembunyi, suka berahsia, suka mempersoalkan tetapi tidak suka disoal, gemar memberi contoh dan teladan yang baik.sangat berpengetahuan, penyelidik yang baik, banyak pengikut.
 
NOMBOR 8 (API)
Berkebolehan mengurus sesuatu institusi, sibuk melihat dan mencari-cari sesuatu, sering tertekan, tabah, waras, adil, berterus terang, penilai yang baik, tegas, kuat bekerja/belajar, mempunyai perancangan yang hebat.

NOMBOR 9 (KAYU)
Cintakan sesama manusia, suka menolong orang, bersifat gagah, boleh dipercayai, boleh diharap, menanggung beban tanpa sungutan, tekun,berusaha, boleh menghiburkan orang lain, suka berahsia, tamak, suka mengharapkan ganjaran, kurang bersimpati, tiada tolak ansur, tidak sensitif terhadap perasaan orang lain, imaginasi yang baik atau kreatif.

Tentang Blog

Menggali "LUBUK EMAS" @ "HARTA KARUN" dalam DIRI

Tentang Diri

My photo
Kuala Lumpur
Email : gemilang.matahari@gmail.com

Banner

Followers

Jejak Tapak


ShoutMix chat widget

Pelawat